Khamis, 9 Julai 2009

ANAK-ANAK.........PERMATA HATIKU...

1. Khairunnisa Safiyyah binti Hermi Samysul (22 Januari 2007)
2. Ahmad Afif Naufal bin Hermi Samysul (11 Febuari 2009)

Anak adalah suatu anugerah dan amanah Allah kepada kita kepada kita yang bergelar ibu bapa. Umpama kanvas putih yang diamanahkan kepada pelukis untuk dicorakkan. Belajarlah melukis. Tiada try n error. Hanya persediaan jadi bekalan dan pengalaman ibu bapa kita mengajar kita. Sedikit sebanyak cara ajaran orang terdahulu terselit dalam cara pengajaran anak-anak kita di rumah.

Biasa la anak-anak ni.....kadang-kadang dimanja, dimarahi (mengajar) dan macam-macam. Salah dan silap mereka itu perkara biasa. Apa yang baik di puji, apa yang kurang baik di tegur walaupun kadang-kadang agak kasar, tetapi untuk kebaikan bersama. Tetapi bila di tenung betul-betul sebenar ada juga terpalit perangai kita bersama anak-anak kita. Itu yang buat kita tersenyum sendirian....nak mengaku malu....biasa la ego.

Sedar atau tidak ada juga pengajaran dan apa yang di tonjol oleh kita kepada anak-anak ada juga yang salah. Insan.....mana ada yang sempurna tetapi cuba yang terbaik.

Yang pasti....kehadiran permata-permata ini mewujud rasa insaf. Macam mana ibu yang melahirkan bapa yang mengajar kita. Melayan karenah kita time kita sama macam anak-anak kita sekarang......zaman terdahulu dengan cabarannya dan zaman sekarang dengan segala cabaran dan dugaannya.

Bukan menjadi ibu bapa yang sempurna tetapi berusaha menjadi yang terbaik adalah suatu yang wajib. Sama-sama lah kita berusaha menggapai harapan dan cita-cita permata-permata ini. Wallahualam.